Info Korporat
Pengenalan
Institut Kemahiran Bestari merupakan sebuah institusi latihan kemahiran yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) bertujuan untuk memberi pendidikan kemahiran kepada golongan belia yang kurang cemerlang dalam akademik dengan keutamaan diberi kepada anak-anak yatim dan miskin untuk meneruskan pengajian mereka. IKB telah berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia dimana IKB melaksanakan program-program latihan kemahiran yang dikawalselia oleh JPK. Tujuan utama IKB ditubuhkan adalah untuk menyediakan program latihan kemahiran yang kompetitif agar mampu disertai oleh :
- Anak – anak yatim di seluruh negara
- Golongan PPRT (Program Pembangunan Rakyat Termiskin)
- Golongan belia dan beliawanis seluruh negara
- Masyarakat luar bandar di seluruh negara agar mereka mampu bersaing dalam pasaran kerjaya apabila tamat latihan kelak
Objektif
Bertujuan untuk melatih belia-belia atau lepasan sekolah yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ataupun yang sudah tidak berminat untuk mengikuti pelajaran dalam bidang akademik. Bersesuaian dengan matlamat dan seruan kerajaan agar melahirkan tenaga kerja mahir dari kalangan rakyat Malaysia dalam bidang kemahiran yang berdaya saing agar dapat menampung keperluan tenaga kerja yang berkemahiran dalam negara. Selain daripada itu juga wujudnya bidang kemahiran dapat mengubah persepsi masyarakat dari golongan muda bahawa bidang kemahiran mampu membentuk mereka untuk berjaya dalam bidang kerjaya masing – masing serta mempunyai ciri – ciri berdaya saing dan seterusnya mengurangkan jurang pengangguran di negara ini
Sepintas Lalu
Institut Kemahiran Bestari (IKB) merupakan sebuah institusi yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) yang memberi peluang pendidikan teknikal & kemahiran kepada pelajar yang kurang cenderung kepada akademik. Tujuan utama IKB ditubuhkan adalah untuk menyediakan program latihan kemahiran yang kompetitif kepada anak-anak yatim ,golongan PPRT (Program Pembangunan Rakyat Termiskin) dan belia beliawanis di seluruh negara. IKB menjalankan Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) – Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) calon persendirian. Selain itu IKB juga menitikberatkan latihan kearah keusahawanan dengan menyertaai IKB Production.
Pada 1 Julai 2004, IKB mula beroperasi di Saujana, Setiu Terengganu. Penghijrahan kami ke kampus yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan ini adalah selaras dengan pengstrukturan semula operasi kami daripada ‘soft skill programme’ kepada ‘hard skill programme’.
Bermula pada Januari 2008, IKB telah beroperasi di Putera Jaya, Setiu, Terengganu dengan menyediakan program latihan bagi bidang kemahiran yang berdaya maju sesuai dengan keperluan guna tenaga dalam sektor perindustrian dalam negara. Bidang Teknologi Pemesinan Logam yang merangkumi sektor ‘Tool, Mould & Die, Jig & Fixture’ merupakan sektor utama dalam industri sokongan bidang kejuruteraan di Malaysia. Bidang ini mempunyai potensi cemerlang untuk terus berkembang.
IKB akan menceburi program-program latihan dalam bidang Teknologi Automotif, Teknologi Kimpalan & Fabrikasi Logam, Kejuruteraan Elektrik. Program-program ini merupakan antara bidang yang dikenalpasti sebagai bidang kemahiran yang paling berdaya maju selain Teknologi Pemesinan Logam. Untuk itu, IKB akan mengadakan fasiliti dan kepakaran yang terbaik untuk mengeluarkan tenaga kerja yang berkualiti dan produktif selaras dengan matlamat kami untuk menjadi sebuah institusi latihan yang terunggul.
Kumpulan Sasar
- Lepasan sekolah di Malaysia, golongan belia dan para siswazah
- Pekerja industri dan bakal pekerja industri
- Usahawan Industri Kecil & Sederhana
- Badan-badan kerajaan.
- Masyarakat umum yang mendapat manfaat sama ada secara langsung atau tidak langsung daripada aktiviti kami.
Visi
Menjadi Sebuah Institusi Latihan Kemahiran Yang Unggul di Malaysia
Misi
Menyediakan Peluang Latihan Berasaskan Kemahiran Yang Berdaya Maju Kepada Lepasan Sekolah di Malaysia
Falsafah
Berusaha menambah daya saing melalui peningkatan kemahiran kepada pekerja dan bakal pekerja industri di negara ini
Nilai Teras
Memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami
Menjaga kualiti penghasilan keputusan sebagai jaminan masa depan kami
Menghargai sumber yang kami miliki
Menekankan kerja berpasukan bagi menghasilkan keputusan yang cemerlang menyeluruh
Latar Belakang.
NAMA SYARIKAT | INSTITUT KEMAHIRAN BESTARI SDN. BHD |
NO. PENDAFTARAN SSM | 609823W |
NAMA INSTITUSI | INSTITUT KEMAHIRAN BESTARI |
NO. PENDAFTARAN JPK | L01235 |
NO. AHLI FEMAC | 066/2011(L01235) |
TARIKH AKTIF | 26 SEPTEMBER 2002 |
SETIAUSAHA SYARIKAT | Puan Noraliza Abd Wahab, KNS Associates Sdn. Bhd. No.1-A, Jalan Gelenggang, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur |
JURUAUDIT SYARIKAT | Jalil & Co. 83, Tingkat 1, Jalaln Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu. |
ALAMAT | INSTITUT KEMAHIRAN BESTARI Saujana, Bandar Permaisuri, 22110 Setiu, Terengganu. |
NO TELEFON/FAKS/E-MAIL | TEL: 09 602 1002 FAKS: 09 602 1005 EMAIL: [email protected] |
Pegawai Yang Boleh dihubungi. | En. Mohd Hafiz Bin Sidik |