Teknologi Pemesinan Logam

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Operasi Pemesinan (MC-050-2:2012)
Tahap 2 (8 Bulan)Operasi Pemesinan (MC-050-3:2012)
Tahap 3 (9 Bulan)
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Koordinasi Pembuatan (CAD/CAM) - MC-050-4:2012
Tahap 4 - 27 Bulan
Syarat Kemasukan Lepasan sekolah berumur 17 hingga 35 tahun.
Sinopsis Kursus Kursus ini diajar membuat pelbagai alat ataupun alat ganti dengan menggunakan mesin seperti mesin kisar, canai dan larik selain diajar membaca dan memahami pelan serta menggunakan mesin perkakas yang sesuai untuk sesuatu benda kerja.
Modul Latihan
  • Pengenalan mesin, peralatan dan peraturan keselamatan.
  • Membaca skala mesin dan alat pengukur.
  • Membina lakaran projek (Drawing).
  • Proses membentuk projek.
    • Buat bebenang (Thread).
    • Menebuk Lubang dan membesar lubang (Drilling).
    • Membuat kepala skru (Counter Shunk & Counter Bore).
    • Membuat poket & membuat alur (Slotting).
    • Menyediakan lubang bersudut.
  • Quality Control.
Kerjaya Pemesin mahir diperlukan untuk mengendali, menyelenggara dan membaiki pelbagai jenis mesin, kelengkapan dan peralatan. Peluang pekerjaan terdapat di bengkel-bengkel kejuruteraan, pelebur logam (foundri), kilang-kilang perkakas mesin, tempat pembinaan dan membaiki kapal, kilang penapisan minyak serta bengkel-bengkel pembuatan serta membaiki loji dan jentera.