Info Korporat

Pengenalan 

Institut Kemahiran Bestari merupakan sebuah institusi latihan kemahiran yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) bertujuan untuk memberi pendidikan kemahiran kepada golongan belia yang kurang cemerlang dalam akademik dengan keutamaan diberi kepada anak-anak yatim dan miskin untuk meneruskan pengajian mereka. IKB telah berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia dimana IKB melaksanakan program-program latihan kemahiran yang dikawalselia oleh JPK. Tujuan utama IKB ditubuhkan adalah untuk menyediakan program latihan kemahiran yang kompetitif agar mampu disertai oleh :

  • Anak – anak yatim di seluruh negara
  • Golongan PPRT (Program Pembangunan Rakyat Termiskin)
  • Golongan belia dan beliawanis seluruh negara
  • Masyarakat luar bandar di seluruh negara agar mereka mampu bersaing dalam pasaran kerjaya apabila tamat latihan kelak

Objektif

Bertujuan untuk melatih belia-belia atau lepasan sekolah yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ataupun yang sudah tidak berminat untuk mengikuti pelajaran dalam bidang akademik. Bersesuaian dengan matlamat dan seruan kerajaan agar melahirkan tenaga kerja mahir dari kalangan rakyat Malaysia dalam bidang kemahiran yang berdaya saing agar dapat menampung keperluan tenaga kerja yang berkemahiran dalam negara. Selain daripada itu juga wujudnya bidang kemahiran dapat mengubah persepsi masyarakat dari golongan muda bahawa bidang kemahiran mampu membentuk mereka untuk berjaya dalam bidang kerjaya masing – masing serta mempunyai ciri – ciri berdaya saing dan seterusnya mengurangkan jurang pengangguran di negara ini

Sepintas Lalu

IKB ditubuhkan pada 26 SEPTEMBER 2002 dan telah memulakan operasi di dua buah cawangan pusat latihan yang terletak di Bandar Permaisuri dan Pekan Seri Langkap di Daerah Setiu, Terengganu. Kursus latihan yang ditawarkan pada masa itu adalah berasaskan bidang teknologi maklumat dan jahitan. Kami telah melatih lebih kurang 300 orang pelatih yang pada masa ini telah bekerja atau sedang melanjutkan pengajian. Program latihan yang dijalankan di kedua-dua puast berkenaan adalah: 

Program No Rujukan Tahap
Juruteknik Komputer D-041-2 Tahap 2
Sistem Maklumat D-060-2 Tahap 2
Pembuat Pakaian Wanita K-011-1 Tahap 2

Pada 1 Julai 2004, IKB mula beroperasi di Saujana, Setiu Terengganu. Penghijrahan kami ke kampus yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan ini adalah selaras dengan pengstrukturan semula operasi kami daripada ‘soft skill programme’ kepada ‘hard skill programme’

Bermula pada Januari 2008, IKB telah beroperasi di Putera Jaya, Setiu, Terengganu dengan menyediakan program latihan bagi bidang kemahiran yang berdaya maju sesuai dengan keperluan guna tenaga dalam sektor perindustrian dalam negara. Bidang Teknologi Pemesinan Logam yang merangkumi sektor ‘Tool, Mould & Die, Jig & Fixture’ merupakan sektor utama dalam industri sokongan bidang kejuruteraan di Malaysia. Bidang ini mempunyai potensi cemerlang untuk terus berkembang. 

IKB akan menceburi program-program latihan dalam bidang Teknologi Automotif, Teknologi Kimpalan & Fabrikasi Logam, Kejuruteraan Elektrik. Program-program ini merupakan antara bidang yang dikenalpasti sebagai bidang kemahiran yang paling berdaya maju selain Teknologi Pemesinan Logam. Untuk itu, IKB akan mengadakan fasiliti dan kepakaran yang terbaik untuk mengeluarkan tenaga kerja yang berkualiti dan produktif selaras dengan matlamat kami untuk menjadi sebuah institusi latihan yang terunggul.

 

Kumpulan Sasar

  • Lepasan sekolah di Malaysia, golongan belia dan para siswazah
  • Pekerja industri dan bakal pekerja industri
  • Usahawan Industri Kecil & Sederhana
  • Badan-badan kerajaan.
  • Masyarakat umum yang mendapat manfaat sama ada secara langsung atau tidak langsung daripada aktiviti kami.

Visi, Misi, Falsafah & Nilai Teras.

VISI Menjadi Sebuah Institusi Latihan Kemahiran Yang Unggul di Malaysia
MISI Menyediakan Peluang Latihan Berasaskan Kemahiran Yang Berdaya Maju Kepada Lepasan Sekolah di Malaysia
FALSAFAH Berusaha menambah daya saing melalui peningkatan kemahiran kepada pekerja dan bakal pekerja industri di negara ini
NILAI TERAS
  • Memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami
  • Menjaga kualiti penghasilan keputusan sebagai jaminan masa depan kami
  • Menghargai sumber yang kami miliki
  • Menekankan kerja berpasukan bagi menghasilkan keputusan yang cemerlang menyeluruh

Latar Belakang.

NAMA SYARIKAT INSTITUT KEMAHIRAN BESTARI SDN. BHD
NO. PENDAFTARAN SSM 609823W
NAMA INSTITUSI INSTITUT KEMAHIRAN BESTARI
NO. PENDAFTARAN JPK L01235
NO. AHLI FEMAC 066/2011(L01235)
TARIKH AKTIF 26 SEPTEMBER 2002
SETIAUSAHA SYARIKAT Puan Noraliza Abd Wahab,
KNS Associates Sdn. Bhd.
No.1-A, Jalan Gelenggang,
Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur
JURUAUDIT SYARIKAT Jalil & Co.
83, Tingkat 1, Jalaln Sultan Ismail, 
20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
ALAMAT INSTITUT KEMAHIRAN BESTARI
Saujana, Bandar Permaisuri,
22110 Setiu, Terengganu.
NO TELEFON/FAKS/E-MAIL TEL: 09 602 1002
FAKS: 09 602 1005
EMAIL: ikbpermaisuri@yahoo.com
Pegawai Yang Boleh dihubungi. En. Mohd Hafiz Bin Sidik